Newsflash #26

Setelah seminggu bercuti, setelah seminggu bertapa main Destiny The Taken King, setelah itu ini akhirnya cuti aku dah sampai ke penghujungnya. Terasa macam budak U masuk sem baru perasaan dia. Bila dah bekerja ni cuti seminggu tu rasa lama sangat dah. Hehe.

Hari ni teman nak bagi tahu sikit la ye, kita lelaki ni kebanyakkannya ada banyak masalah dengan nak mintak maaf. Kita ni kalau boleh letak la ego tu ketepi sikit. Tak jatuh pun martabat kau tu kalau kau jadi the big guy untuk mintak maaf dulu. Aku tengok lelaki zaman sekarang ni dia punya ego tinggi melangit.

Gaduh bagai nak rak bila dah nak putus mula la baru terhegeh nak mintak maaf. Sibuk la buat video bangang acah2 menangis, konon nak kelar tangan tu. Post la gambar bangang semua nak mintak maaf. Kalau dari awal kan senang? What's the issue here?

Bila kau sayangkan seseorang kau kena bermatian pertahankan apa yang kau syg so amarah tu letak tepi, ego tu letak tepi bukan bila dah terhantuk baru nak menyesal. Aku tak cakap aku bagus, banyak buruk dari baiknya. Tapi apa pun aku akan pastikan aku lah orang pertama yang nak mintak maaf dulu. Sebab kan perasaan sayang,cinta dan kasih kat dia aku tak kisah.

Aku takkan nak prolong benda jadi panjang dan lama. Garang macam rimau macam mana pun partner kau, mintak maaf insyallah lembut hatinya.

So rakan dan taulan. Selamat hari isnin!


No comments:

Post a Comment