Newsflash #27

Sebabkan aku takda kerja, so aku nak update entry. Huehuehue. Sekarang ni isu tengah pisang goreng panas so why not kan kita nak mencelah sekali?

Isu apa? Isu BANGLA la apa lagi! Aku tak heran la kalau kerajaan tercinta ni nak bawak masuk 2.6bilion sekali pun kalau rakyat Malaysia ni semuanya takdak penganggur. Ini tidak, time tengah gawat nak mampus ni la kau bawak masuk diorang kan? Tak fikir ke rakyat ke? Sekarang ni kita tengok berapa banyak graduate dan penganggur kat Malaysia ni nak cari kerja? Aku pun pernah tergolong antara diorang ni. Amongst kawan aku pun berapa ramai yang dah kena buang kerja?

Lepas tu anak TPM kita dengan TPM kita boleh la pulak nak cabar belia ni semua. Hey bangang ke apa? Orang tak kisah la nak kerja berat kalau gaji tu bagi bagus, interms of benefit pun bagus, cuba kau tengok operator OnG tu? Kerja berat dan kotor kot, tapi kenapa ramai anak bangsa Malaysia semua sanggup pi sana? Walhal kerjanya sangat high risk? Sebab bayarnya berbaloi, kau expect bayar 1500 zaman sekarang ni takda apa benefit semua kau nak orang diam dan akur? Fikir pakai otak la, bukannya budak bodoh kan?

Kat Malaysia tahun 2016 masih ada rakyat yang gaji 900? Woi buat kerja ke tak? Aku tau la bangla ni kau bayar 1500 tapi korang perah tenaga dia macam binatang kan? Takpa la kat dunia ni kau aniaya la orang ye? Buat la puas2 ye? Kalau dah asal dari family berada tak pernah hidup susah, kau tak layak langsung nak cakap macam tu! Cabar apak kau! Pi suruh anak bini kau buat dulu baru cabar rakyat.

Jangan cakap rakyat Malaysia malas lah, kau sebagai orang yang bekerja untuk rakyat sepatutnya bantu dan backup rakyat, bukannya makin merendahkan kami ni. Gaji kau tu kitorang bayar la babi! Bukannya bangla yang nak masuk tu semua! Hey panas betul aku dengan manusia bertopeng babi ni.


Kbye!


Newsflash #26

Setelah seminggu bercuti, setelah seminggu bertapa main Destiny The Taken King, setelah itu ini akhirnya cuti aku dah sampai ke penghujungnya. Terasa macam budak U masuk sem baru perasaan dia. Bila dah bekerja ni cuti seminggu tu rasa lama sangat dah. Hehe.

Hari ni teman nak bagi tahu sikit la ye, kita lelaki ni kebanyakkannya ada banyak masalah dengan nak mintak maaf. Kita ni kalau boleh letak la ego tu ketepi sikit. Tak jatuh pun martabat kau tu kalau kau jadi the big guy untuk mintak maaf dulu. Aku tengok lelaki zaman sekarang ni dia punya ego tinggi melangit.

Gaduh bagai nak rak bila dah nak putus mula la baru terhegeh nak mintak maaf. Sibuk la buat video bangang acah2 menangis, konon nak kelar tangan tu. Post la gambar bangang semua nak mintak maaf. Kalau dari awal kan senang? What's the issue here?

Bila kau sayangkan seseorang kau kena bermatian pertahankan apa yang kau syg so amarah tu letak tepi, ego tu letak tepi bukan bila dah terhantuk baru nak menyesal. Aku tak cakap aku bagus, banyak buruk dari baiknya. Tapi apa pun aku akan pastikan aku lah orang pertama yang nak mintak maaf dulu. Sebab kan perasaan sayang,cinta dan kasih kat dia aku tak kisah.

Aku takkan nak prolong benda jadi panjang dan lama. Garang macam rimau macam mana pun partner kau, mintak maaf insyallah lembut hatinya.

So rakan dan taulan. Selamat hari isnin!


Newsflash #25

Hello semua apa khabar? Seronok kerja? Haaaa aku cuti seminggu atas sebab chinese new year, dan company aku pulak memang company cina, so memang tutup seminggu. Seronok tak? Haaa memang la seronok bang.

So hari ni nak cerita sikit la ye? Pasal "CEMBURU" haaaaa itu tajuk panas jugak tu. Kita sebagai pasangan kekasih mesti ada perasaan tu ye dak? PASTI bang! Jangan nak membongak cakap takdo! Apo ekau ingat ekau tu robot takdo perasaan macam tu?

Takdo la kan, eden can cito sikit ni, combughu tu bagi den la kan, baguih bondo tu. Itu maknonya ekau risau kan kek orang yang ko sayang, ekau ingatkan dio. Ekau takut bondo bukan2 kok jadi tah pobondo ko kan? Kan dah susah kek ekau? Haaa boto la tu, macam eden la, ekau ingat den ni tak jeles ko? Matayir den baghu jo masuk kojo dah ada oghang kirim salam, offer hantar balik ingat den tak combughu ko? Gilo kau! Sayang bai bukannyo tak sayang, so somostinyo la den combughu. Tapi berpado la eh?

Jangan kan sobab ekau combughu buto ekau jadi bodoh, takkan nak keluar lansung tak di baginyo? Keluar poie kodai pun kono report? Hei itu gila namonyo tu! Itu bolum bini ekau laie ko nak buek macam tu, ontah jadi bini nanti macam mana? Simpan dalam sangkar la jangan kasi koluar. Sifat combughu ni kalau ekau tak buleh nak compress bahayo ekau tau? Itu yang dongar kek berito laki burung eh kono totak, yang perempuan eh ko tinju dek laki.

Bondo ni semua terjadi kalau ekau tak ghoti nak compress perasaan combughu buto ekau tu. So nasihat abang (amboi abang! nampak na dah tuo) jangan la jadi combughu buto yo? Rasional kan fikiran, positfkan minda. Kalau raso tak buleh jugak poie nikah dongan binatang, confirm takda oghang kacau? ok?

Hari tu kitorang dating kat Aquaria. Hehe. Dating berilmiah gittu. Next is main layang layang! Wehu!



Newsflash #24

Hello rakyat Malaysia yang sedih!

Hawauyu!? Ada sihat ka? Jangan bersedih jangan murung, pelangi akan tiba tak lama lagi. Ecehhhh!

Saja je la nak update blog ni. Takda apa pun nak cerita. Everyday new story. Semua duk tunggu bila [insert prime minister name here] nak mampus. Betul kan? Makin hari rakyat Malaysia makin susah.

Orang Melayu ni kalau nak dikirakan, diorang ni baik hati tau tak? Cuba jadi kat negara luar? Pasti riot! Tapi takpalah, tawakal dan sabr je la. Nak buat macam mana? Mere mortal macam kita ni bukan boleh buat apa pun kan?

Tapi itulah, kita bila diberi kuasa untuk memilih, pilih la dengan betul. Jangan la ulang kesilapan yang lalu. Ada faham? Jangan takutkan perubahan, taknak berubah? Duduk je la dalam hutan tak payah keluar2. Hidup ni berovolusi, ia pasti akan berubah. So korang yang dikenali sebagai macai bodoh abadi sila lah fikir masak2 ye sebelum nak sokong parti korang tu?

Aku ni memang panas ati sikit bila mengadu domba pasal hal ehwal semasa ni. Dengan TPPA la. So kawan kawan yang ada tanah reserve melayu tu lupakan la status tu ye? Jangan terkejut nanti bila orang luar ada JUSA kerja kerajaan. Everything is possible lepas ni. Dah boleh jadi land of opportunity mcm murika. Nak sangat jadi diorang kan? Local macam mana? Ada diorang kisah? Confirm tak. Sedih tak?


Tak cukup sedih, apa yang lebih sedih ialah drive 8jam di tengah hari terik tanpa aircond. Haaa itu sedih! Haha but worth every second when you're with your loved one. Hehe. Jangan marah syg, b okay je cuma sumpah panas. Haha :D

Bye la korang!