Newsflash #23

Yo kawan kawan apa khabar. Selamat Tahun Baru! Lambat sangat ke? Tak kot? Hehe. So every year mesti korang acah2 new year resolution nya kan? Walhal tahun lepas punya haprak pun tak jalan. Betul tak? Haha. Biasa la tu. Jadi manusia ni kena la poyo kadang kadang. Haha.

So aku nak luahkan la sikit or some might say recap for 2015. Tahun 2015 merupakan tahun sedih aku. For all you know dengan economy nya teruk (thanks to our beloved gahmen) terutamanya industry oil n gas.

Yes sangat teruk, rumors bermula awal tahun lagi. Tapi aku tak percaya, aku yakin yang oil n gas will be okay. Itulah sibuk nak buat kerja tuhan, predict sana sini. Sekali bala datang, haaaa terduduk kau. Firstly bontot dah goyang bila rumors retrenchment. Bila one of the biggest consultant company kat Malaysia ni buang orang, secara automatiknya semua akan cuak lebih. Termasuklah company aku. Eh sorry ex company ye?

Tapi aku tak goyang lagi, sebabnya kalau nak compare gaji aku dengan orang lain, aku diantara gaji rendah. So confidence sikit kat situ. Semua senior pun duk cakap "Jangan risau mir, kau mesti selamat punya". Pejam celik tiba lah hari retrenchment! Ya memang aku terselamat. Syukur alhamdulillah. Tapi retrenchment kali ni tak diam mcm tu je, dia ada cakap bulan 9 akan ada lagi.

So berbekalkan confident tahap dewa aku, aku rasakan aku takkan ken lagi. So aku pun buat keputusan untuk keep on enjoy dan terbang ke phuket bersama rakan dan taulan. Untuk lupakan berita sedih di office . so another part pf my story.

Disebabkan phuket ni lah aku break dengan gf aku yang sudah almost sangat 6 years. Kalau nak dikatakan sebab bukanllah phuket punya pasal. Tapi menjadi asbab kenapa nak putus kan? Kononnya aku pergi sana tak bagi tahu, yes memang aku tak bagi tahu, so fool of me. Tambah lak masing2 dah start boring sebabnya this relation is going nowhere. So we decided to break it off.

Tipulah kata tak sedih kan? Confirm sedih punya. And tak lama lepas break, jeng jeng jeng tibalah bulan sembilan. Tanggal 18hb September tarikh aku dibuang kerja.

Ya allah rasa nak pecah dada ni bila tau bang. Yes memang aku sedih, depressed semua, dari tak merokok aku merokok balik. Aku jadi seorang yang bukan aku. Aku jadi pemarah di rumah. Aku rasa malu. Eh semua benda la.

So bila dah lama aku rasa lonely, mulalah aku start randomly add orang kat social media aku. First criteria mesti sexy, ha nampak tak niat dah tak baik. Aku beranikan diri, chat dengan perempuan stranger. Dengan harapan dapat hookup.

Punyalah nampak desperate, sampai ex aku pun aku mcm nak get back together balik, eventhough aku tahu kalau aku get back still going nowhere.

Tapi itulah Allah atur kehidupan kita ni cantik je. Entah kenapa satu hari tengah scroll phone contact aku.

Scroll punya scroll ada satu nama ni menarik perhatian aku. Dah lama sangat aku tak contact dia. Cuma berbalas like dalam instagram dan fb saja la. Hehe. Aku suatu ketika dahulu pernah jadi tuan penasihat dia. Lama dah tu. Haha.

Kronologi aku kenal dengan dia ni dari kawan aku, kawan aku ni bf dia. Tapi member aku ni terlalu tak serius orangnya. Entah macam mana boleh couple aku pun tak tahu. Punya la member aku ni tak serious, sampai dia message dengan minah ni aku yang tukang reply. Time tu dia tak tau lagi aku siapa.

Sampai la diorang break baru la aku cerita semuanya. Sejak tu lah kitorang agak rapat. Tapi setakat tu je la. Aku pun time tu dengan gf aku. Off and on message gitu2. Aku jugak pernah bergaduh dengan ex aku sebab dia ni. Aku suruh ex aku makeup mcm dia. Hehe. Dalam diam berkenan jugak sebenarnya. Aku selalu jugak la stalk dia. Ambik tau siapa bf baru dia. Haha. Tiba2 gambar bf hilang dlm instagram. Dah break lettew confirm.

Haha so back to my stort again, so aku nampak nama dia dalam contact list aku. Wah wujud lagi nombor dia. So aku pun try la message. Kot kot dia pakai lagi nombor tu. So tunggu punya tunggu lama pulak dia nak reply, tapi reply jugak.

Dia tak sangka aku simpan nombor dia, hey kita jenis tak buang nombor okay? Hehe. So dari situ kami pun agak rancak berbalas message sehingga la suatu hari tu aku decide nak hantar bunga ke pejabat dia dan nak luahkan perasaan syg aku ni kat dia.

And guess what? She said yes. Alangkah bahagianya hidup aku time tu. Memang tak disangka. Kalau nak dikirakan, 4 tahun masing masing menunggu. Haa gitu. Lama tau. So dengan dia ni memang senang. Tak cerewet. Cantik, wangi, pandai, suka make up, pandai ambik hati tak mudah merajuk, manja putih gebu, baik, eh? Lebih2 pulak puji gf sendiri. Hey biarlah aku! Kau sakit hati kenapa? Haha.

So out of cerita sedih break dan kena buang kerja datang satu berita gembira dalam hidup aku, dia ni banyak sangat bantu aku bagi semangat ketika aku sedang jatuh sejatuhnya. Dia tetap accept aku walaupun time tu aku seorang penganggur. Aku sangat2 hargai benda2 yang dia buat.

Tak lama lepas tu aku pun didatangi dengan satu lagi berita gembira! Aku dapat kerja! Dekat dengan rumah lagitu. Siap gaji naik lagi. Ya allah bersyukurnya aku. Allah dah rancang cantik sangat perjalanan hidup ni.

So sekarang ni aku tengah kumpul duit supaya dapat aku menikahi gadis yang kucintai. Aku nak habiskan sisa hidup aku disampaing keluarga dan dia, dia yang bernama Nur Dalila. Yes i said it. She's the best.

I don't know what would i be without her during my darken days. She's the light at the end off the tunnel, she's my saviour. So insyallah tahun ni aku akan berkahwin dengannya.

Harap harap dipermudahkan.

So doakan kami ye?


3 comments:

  1. Amboi..sweet nya lahai..eh amir,nanti bila dah nikoh dgn sepupu aku ni,kau jage la dia leklok..aku sayang gila sepupu aku ni..huhu..btw,cari la kat aku sorg calon somi..kah3..xda la..just kidding..ok..all the best..moga Allah mudahkan urusan pernikahan kalian..amin..

    ReplyDelete
  2. Amboi..sweet nya lahai..eh amir,nanti bila dah nikoh dgn sepupu aku ni,kau jage la dia leklok..aku sayang gila sepupu aku ni..huhu..btw,cari la kat aku sorg calon somi..kah3..xda la..just kidding..ok..all the best..moga Allah mudahkan urusan pernikahan kalian..amin..

    ReplyDelete